Sunday, December 26, 2010

Pertandingan Melucukan di Internet

Seperti biasa, bangun pagi2 buka laptop, buka Firefox browser dan klik la speeddials button Facebook dan berita online (Berita Harian Online, Harian Metro dan Kosmo). Tapi gak, Berita harian Online dan Harian Metro tak men'update' diorangnya webpages, semalam punya berita la der, nasib baek la Kosmo Online takde buat hal.

Jadi, duk tercari-cari lah tajuk berita yang best dibaca dan antara yang paling menarik bertajuk Pertandingan Melucukan di Internet. Berita pasal blogger Ze Frank di Britain lancarkan pertandingan di blog dier betajuk Young Me/Now Me, pertandingan nie mintak pembaca menghasilkan semula gambar zaman muda2 dulu, menarik kan.





















Kelakar dan menarikkan, agak2 aku mampu tak nak buat balik, nak cari gambar time budak dulu payah kot, banyak hilang dan takde dalam simpanan. Kalau nak tengok banyak lagi nie sumbernya:Young Me/Now Me

Thursday, December 23, 2010

Tron Legacy Penutup Tirai 2010

Baru jer sebentar tadi abes layan ceter Tron Legacy in 2D di TGV Bukit Raja. Pada pandangan aku cerita ni kalau layan dalam 3D lagi gempak kot. Dengan penggunaan CGI terbaek terutama nya dalam The Grid, mesti terpukau la dalam 2D pun dah cukup gempak. Jadi average filem nie okay, motif cerita ade, cuma babak last tue bagi hero lawan dengan jahat kan lagi best. Nie tak pasal2 bapak die sacrifice.





p/s: sok nak balik kg, so TGV tahun depan kita jumpa.

Orang Rusia Mengangkat Budaya Melayu

Baru jer terlihat satu video yang dikongsikan oleh kawan aku di laman sosial Facebook. Memang betul2 terkejut, siap boleh berpantun, bersyair, berzapin dan macam2 lagi la. Jadi, aku pun nak kongsi gak video tue, saksikan:






p/s:apa yang mereka buat, aku tak mampu buat.

Wednesday, December 22, 2010

Tak Dapat Lagi Tempat Latihan Praktikal (Bachelor Degree In Civil Engineering)

Aduh cuti semester dah nak abes nie, aku punya tempat untuk latihan praktikal tak dapat lagi. Risau giler! Dah la aku hantar 6 syarikat jer, daripada 6 confirm dah 3 tak dapat, tinggal lagi 3. Mintak2 la sangkut satu sebelum sem baru buka 2 minggu lagi. Kalau tak terpaksala menghantar surat lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Area interest tentu lah Shah Alam jer, coz aku student Uitm Shah Alam, Bachelor Degree In Civil Engineering bukan ape rumah sewa dah ade mudah la sikit. Hopefully ade la respon positif dari 3 company tue. Dah la company tue susah giler nak cari.

Student risau dan blur.

Monday, December 20, 2010

Ahmad Dhani dan The Lucky Laki @ i-City

Baru jer balik dari i-city tadi, ade Konsert Ria 2010 dekat saner. Ramai jugak la artis yang datang tak kira la dari dalam dan luar negara, dari zaman rock kapak ke zaman loni. Tapi yang penting sekali The Lucky Laki la. Memang power la diaorang punyer skill maen gitar dan drum, baru je umur berapa, tue pon ade yang belum baligh lagi kot.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagu first diaorang nyanyi lagu dari band British, Muse (band paling aku minat atas muka bumi nie), lagu ape tah aku taktau, tapi lirik ingat2 sikit la. Yang time masyuk dier time lead gitar dier goreng lagu tue. Terkedu aku, sebelum nie tengok video kat Youtube orang laen wat cover version lagu Muse betapa la payah nyer. Tapi t macam benda mudah jer, dah la budak2 baru, memang salute la dari aku. Dah abes lagu Muse, dendang lagu Superman plak, lagu super popular dan terakhir sekali lagu ape tah aku pun tak tahu, macam best jer dengar.

p/s:konsert free, tapi nak masuk i-city still kena bayar ape cer?.