Monday, February 9, 2009

Penonton pilih kasih?

Sumber berita harian 9.2.2009

Mamat Khalid dakwa masyarakat terlalu kritikal dalam membuat ukuran filem tempatan
PENGARAH Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21(FFM21), Mamat Khalid mendakwa penonton filem bersikap pilih kasih atau 'double standard' yang begitu tebal dengan membuat setiap hasil karya filem tempatan itu diletakkan dalam kelas yang tertentu.
Menurutnya, sikap pilih kasih dalam persepsi dan reaksi pengulas filem tempatan bukan saja menular di peringkat bawah, malahan dijulang perjuangan mereka itu ke peringkat festival kebangsaan sehingga sesebuah filem seperti Puteri Gunung Ledang itu dihentak.


"Filem di tanah air kita cuma sumber hiburan bukan budaya. Kalau kita ingin membudayakan filem akan bertanyalah ramai, adakah kain pelekat saja sudah mencukupi?
"Filem Puteri Gunung Ledang, misalnya, sebuah filem epik yang besar skala pembikinannya. Belum sempat ditayangkan kepada umum, segala keburukan diperbesar. Setiap sentimeter filem itu diukur begitu halus oleh mereka yang pada mulanya bukan penyokong filem tempatan," katanya yang dipetik dari malah Sinema Malaysia Bil: 3 (2008) terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Jelas Mamat yang ditemubual oleh majalah itu dalam ruangan Pemikiran Orang Filem, mengatakan semua manusia mahukan kebenaran yang terperinci melupakan lesen kreatif hak pembikinnya.


MAMAT ketika melakukan kerja pengarahan di lokasi penggambaran filem Estet di sebuah ladang getah di Kuala Kangsar, Perak.
"Tokoh budaya begitu dengan penampilan yang dianggap mencemar sejarah, tapi mereka terlupa yang mana bahan sejarah, yang mana unsur mitos. Ia (PGL) sebuah filem cereka bukan filem sejarah. Sama seangkatan dengan kebenaran filem biografi Abrahan Lincoln, The Yong Lincoln, lagenda Archiles dalam Troy serta kebenaran Alexander The Great, mahupun keagungan William Wallace dalam Braveheart.
"Kesemuanya diadun menjadi cereka, bukan dokumentari sejarah," katanya.
Menurutnya lagi, untuk memulakan satu revolusi filem berbudaya ini akan tentu meletakkan pembikinnya sebagai pengarah yang sukar untuk difahami seperti U-Wei Shaari.
"Penuh kain pelekat dan baju kebaya yang ditunjukkan oleh watak-watak ciptaan beliau (menerusi filem arahannya) tetapi persepsi penonton tidak langsung dapat menghubung kaitkan atau relate apa yang cuba U-Wei tunjukkan.
"Di arus perdana, saya cuba mengubah corak persembahan dengan memperbanyak unsur sosiobudaya Melayu dan jika Puteri Gunung Ledang terlalu berat saya terpaksa menggunakan pendekatan humor atau jenaka supaya lebih mudah untuk penonton menerimanya.
"Dan, feedback daripada pengulas filem yang juga berasal dari hutan ceruk balik teluk pula mengatakan saya pengarah kampung. Perlukah saya bercerita mengenai persepsi? Tetapi segala itu tidak mungkin membuatkan saya menangis serta segan untuk meneruskan pembabitan saya dalam dunia perfileman," katanya.
Menurut Mamat, kain pelekat, baju Melayu dan batik berkebaya itu sudah diterapkan dalam filem dan drama arahannya sejak dulu lagi untuk menunjukkan setiap imej serta penyampaian yang kuat pegangan ras pembuatnya.
"Tetapi tiada siapa pun yang peduli mahupun sedar akan kewujudan niat itu. Kesedaran ramai itu hanya tercetus sejak kebelakangan ini dan haruskah saya membuat penerangan untuk mempertahankannya," jelasnya.
Jujurkah filem pendek negara kita?
DITANYA bagaimana caranya filem kita boleh menembusi pasaran antarabangsa, Mamat berpendapat; "Dalam litar filem antarabangsa kandungan atau content yang menitikberatkan permasalahan seks, perkauman, pertikaian agama, politik berhaluan kiri atau pro-Yahudi adalah elemen yang dihargai.
"Filem kita kebanyakannya meraikan kehidupan serta menanam sikap berkasih sesama kaum. Sudah pasti bukan unsur untuk memprovokasikan minda global," katanya.
Menurut pengarah filem Kala Malam Kian Mengambang itu, filem La Vitta E Bella arahan Roberto Benigni yang mendapat pojokan melampau masyarakat dunia ialah sebuah filem yang sempurna sehinggalah di pertengahan cerita, baru difahami ia adalah sebuah filem mengenai simpati kepada masyarakat Yahudi di Itali pada zaman Perang Dunia Kedua.
"Mungkin arus perdana dunia terlalu besar permintaan dana dan pembikinannya untuk kita sama-sama turut serta. Kita boleh ubah haluan kepada yang lebih kecil skopnya seperti filem-filem pendek dan filem 'art house' Mungkin.
"Tetapi sanggupkah kita membuka mata dunia dengan filem seperti Ken Park, misalnya. Filem mengisahkan masyarakat serta kekeluargaan yang 'dysfunction'.
"Permasalahan seks di luar tabii serta sumbang mahram tetapi diangkat sebagai sebuah karya yang begitu baik kerana berjaya memprovokasikan asas tamadun manusia," katanya.
Mengenai bahasa pula, Mamat berkata, bahasa Melayu pula terlalu rapuh atau fragile untuk kita ketengahkan subjek tabu yang bukan tidak pernah berlaku itu.
Katanya, kita memilih untuk lebih senang dengan isu kandungan kemanusiaan yang lebih ringan.
"Salahkah kita? Filem-filem pendek yang mendapat pujian di festival dunia itu pula adakah jujur datangnya dari negara ini? Jika kita dimartabatkan sebagai pengeluar filem bertahap global, apakah subjek yang boleh kita ketengahkan sebagai santapan mereka.
"Saya juga ingin mencari jawapan itu dengan terus berkarya. Ini adalah misi saya," katanya.
Mamat berkata, ukuran sesebuah filem yang berkualiti terlalu subjektif kerana untuk menghasilkan karya bermutu tidak semestinya daripada ilmuan dalam bidang perfileman.
"Adakah seorang yang berkajang lulusannya dapat hasilkan filem berkualiti? Adakah kita tidak faham (fasal filem) bererti ia tidak berkualiti? Pada saya memperbanyak hasil karya adalah jalan terbaik untuk menuju ke arah kecemerlangan perfileman tempatan.
"Lagi meriah industri perfileman, lagi banyak pintu akan terbuka bagi menarik minat penonton serta pengkarya filem itu sendiri," jelasnya.

Thursday, February 5, 2009

Mesej berantai

Assalamualaikum wbt
> Pernah tak dapat sms atau email sebegini?Assalamualaikum,Yaasin, Walqura-nilhakim. Innakala minalmursalin. A'lasiratil mustaqim. Tanzilal azizirrahim. Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Kirim surah Yaasin ini kpd 7 insan berugama islam. Insya Allah esok saudara akan menerima khabar yang baik, gembira dan rezeki anda sentiasa berada di tangan anda.JGN DELETE, Ini betul2 jadi kenyataan.---------------------------------Aku secara peribadi dah terima sms ayat yang seperti di atas. Dan ini kali kedua through email plak.Ape yang aku nak bagitau kat sini ialah, udah2 lah tu umat ISLAM di bolak-balik kan. Mari kita ambik sedikit pengajaran dari kes-kes ini.Pesan dari aku (yang ilmu tak seberapa ini).Hentikan lah apa2 saja surat bercorak surat berantai ini. Kerana ini adalah perkara2 yg boleh melemahkan umat Islam dari dalam.Lalu aku terus reply kpd si pemberi tadi agar berhenti berbuat demikian. Malah tolong pulangkan balik pesanan kepada mereka yang telah mengedarkannya! (Celaka org yg memulakan ini!)1) Once, kita forward email @ SMS sebegini, kita dah percaya (beriktikad) bahawa dengat kudrat aku menghantar SMS ini, aku akan dapat khabar baik & rezeki. Bukan Qudrat & Iradat ALLAH.2) Tanpa menyemak, kes ini terdapat kesalahan ejaan pada ayat dari surah yaasin ini. Sila semak Litunziraqaumamma unzila aba uhum fahum ghafilun. Org yg tiap2 malam baca surah yaasin pun boleh terkesima dengan kesalahan ejaan ini.3) Kesalahan ejaan unzila yang sepatutnya unzira ini, berlaku dlm kedua2 email & sms yang saya terima. maka saya pasti ianya disengaja kan. Tapi atas dasar apa? Kalau kita perhatikan unzila abauhum ini bermaksud = di TURUNkan BAPA Kamu. Bapa = father. Saya khuatir ia mahu menyelindungkan ayat ISA yang diturunkan??? sedangkan maksud YAASIN yang suci tadi adalah terlalu amat jauh dari ini!!! Cilaka kamu yang menghantar ini! AWAS! buat semua muslim!.Pesanan ringkas saya,Apa saja yang bersifat surat berantai, tolong tolak.Apa saja yang melibatkan perkara2 shortcut, tolong tolak. kalau aku send sms dapat pahala, kalau aku reply dapat rezeki - KEPALA HANGGUK ENGKAU! Ini perkara serious beb, ini AQIDAH!Apa saja yang melibat kan ayat2 Al-Quran. Tolong semak!Kalau ada org dtg rumah kerumah, jual ayat quran pun tolong tolak. Jam ada ayat QURAN ke...Orang buta minta sedekah - sedekah boleh bagi - tapi kalau dia bagi sticker ayat QURAN, tolong bagi dia balik.Kerana kita khuatir, di sini bermulanya benda2 yang tak betul. Kerana saya pernah dapat ayat seribu DINAR yang salah eja ini selepasbagi derma kat sorang pakcik tu!!Kat sekeliling kita dah banyak org cuba pesong kan AQIDAH kita secara halus, pesong ayat Quran! Walaupun mereka takkan mampu menghapuskan KALAM ALLAH ini. Tapi kita sebagai umat ISLAM mestilah Peka!!Ayat2 Al-Quran bukanlah selayaknya di perjual beli. TAK semurah itu BEB!! Kalau kau nak bagi apa saja yang ada kaitan ngan ayat Quran, sepatutnya FREE! Jam Quran ke, ape ke, bagi free le! Unless kita betul2 sure yang kualitinya baik, ayat nya disemak maka OK! MENJAJA AYAT2 QURAN dgn cara sebegini adalah, menempatkan ianya bukan pada tempat. Ia bukan balasan utk kita menderma RM1.So, tolong le sampai2 kan pesanan aku ini, semoga ALLAH yang lebih layak nak balas kat kita, rezeki ke, berita gembira ke?... & Ingat! ajal maut, rezeki & jodoh hanya Allah yang menentukan, bukan email seberapa banyak orang yang anda hantar... Tapi tak salah kalau nak ingatkan orang lain tentang kebaikan... So apelagi... send le kat 7 org ke, 70 ribu orang pun takpe...-HAMBA ALLAH